Islam di hina!- MP Teruskan Forum Memeluk Islam

2008 Ogos 8
by mujahidin

Walaupun terdapat berbagai bantahan dari berbagai pihak termasuk UMNO dan PAS, Majlis Peguam tetap akan meneruskan penganjuran Forum Memeluk Islam.

Hai ini telah dinyatakan oleh naib presidennya Ragunath Kesavan hari ini. Naib presiden itu mendakwa bahawa Forum itu bukan mempertikaikan Artikel 121 (1A) atau mempersoalkan Islam atau statusnya sebagai agama rasmi seperti tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut saudara Zulkifli Nordin yang dipetik dari laman http://www.tranungkite.net/v7/ beliau berkata :

Saya melihat tindakan Majlis Peguam memperkudakan kes Shamala & Subashini sebagai bahan seminar adalah jalan pintu belakang untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah. Lebih serius daripada itu, tindakan mengadakan seminar ini jelas menghina Islam.

Saya menyeru pembentang kertas kerja beragama Islam supaya menarik diri daripada menyertai seminar tersebut. Saya juga meminta para peguam Muslim supaya kita segera membuka mata mempertahankan Islam. Mungkin sudah tiba masanya kita peguam Islam berusaha mengambil alih Majlis Peguam. Bulan Oktober ini adalah bulan pemilihan ahli Majlis Peruam. Kita harus mengatur strategi yang jelas. Saya cabar peguam-peguam Islam supaya menyatakan pendirian kita dengan jelas.

Saya juga memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam. Kesabaran umat Islam ada batasnya. Kamu mungkin melihat umat Islam di Malaysia ini kelihatannya lemah. Mungkin kamu sedang mengambil kesempatan melihat kedudukan umat Islam yang kelihatannya lemah akibat percakaran politik sesama kami.

Tetapi ingatlah disana ada umat Islam yang sedang memerhati gelagat kamu. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kamu sekiranya kamu terus-menerus dengan sikap provokatif kamu.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya bersatulah kita di atas tali ALLAH. Ketepikan sentimen politik sempit dan rakus. Pertahankan maruan agama kita. Dan marilah kita buktikan kesatuan ummah kita dengan turun dalam Himpunan Umat di hadapan bangunan Majlis Peguam pada pagi Sabtu 9 Ogos di Lebuh Pasar Besar, KL (sebelah Pasar Seni/Bank Pertanian). Mari kita adakan perhimpunan aman dihadapan Majlis Peguam sekiranya mereka berkeras mahu meneruskan seminar biadap tersebut.

Let us be counted by ALLAH. Islam is under attack..Islam needs you..buktikan kecintaan kita kepada Islam. Turun ramai-ramai pada masa & tarikh yang disebut diatas.

Apa komentar anda ?

Tiada komen lagi

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS