Benarkah Abdullah Juga Terlibat Dengan Rasuah ???
Sejak akhir-akhir ini isu rasuah dalam politik UMNO semakin hangat dan panas diperkatakan. Hari ini sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Agenda Daily bahawa Bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Mazlan Harun telah membuat laporan pada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendakwa Pak Imam Hadhari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan rasuah politik.
Di sini laporan penuh Agenda Daily :
Laporan BPR terhadap PM
Bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dato Mazlan Harun buat laporan pada Badan Pencegah Rasuah (BPR) cawangan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pagi Selasa mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lakukan rasuah politik.
Ini berhubung pengunaan agensi bawah Kementerian Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk berkempen kepada Ketua-ketua Cawangan UMNO seluruh negara yang diadakan secara bersiri bermula Mei lepas.Tiga minggu lalu Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan Datuk Zahar Hashim ada buat aduan kepada Lembaga Disiplin UMNO mengenainya.
Sama ada sahih atau tidak berita ini kita sama-sama tunggu dan lihat apa respon Abdullah selepas ini. Jika benar ianya berlaku, perkara ini sangat memalukan khususnya umat Islam dan bangsa melayu…
Sekiranya anda ingin memberi pandangan tentang dakwaan ini, silakan….

