Satu Pendedahan Cukup Aib dan Mengemparkan, Anwar TERKEDU ???
Dulu Ketua Pemuda PKR, kini jadi “budak & kuli” UMNO, Ezam Mohd Nor dengan lantang dan tegas berkata beliau akan buat satu pendedahan cukup aib dan mengemparkan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim masa kempen pilihanraya kecil itu.Katanya pendedahan itu pasti akan buat Anwar terkedu.
Adakah beliau juga diliwat oleh Anwar ?? ha ha ha…
Selain itu, menurut laporan Agenda Daily, beliau akan menyambut Anwar di Permatang Pauh pada pilihan raya nanti…
Di bawah ini adalah laporan penuh Agenda Daily :
Ezam ‘ nak sambut ’ Anwar di Permatang Pauh
Ezam Mohd Nor nak jadikan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh gelanggang terbaik mendedahkan apa yang didakwannya bagaimana bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati politik negara serta orang Melayu selama ini.
Bekas Ketua Pemuda PKR itu berkata, beliau tidak pernah takut berdepan Anwar kerana ianya bukan soal kalah menang tetapi soal maruah dan tanggungjawabnya menjelaskan kepada rakyat siapakah Anwar sebenarnya.
“Saya bersedia berada di barisan hadapan ketika kempen pilihan raya nanti. Seperti ditegaskan sebelum ini, saya tidak gentar bertarung dengan Anwar termasuk di Permatang Pauh,” katanya kepada Agendadaily, lewat Khamis malam.
Beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti UMNO serta Barisan Nasional (BN) menentukan siapa akan bertanding menentang penasihat PKR itu kelak.
Sebelum ini, Ezam sudah menyatakan kesediaanya bertarung dengan Anwar dalam pilihan raya kecil sama ada di Parlimen Bandar Tun Razak ataupun Kulim Bandar Baharu.
Berikutan pengumuman Anwar untuk bertanding, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar UMNO meletakkan Mohamad Ezam sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh menentang Anwar kelak.
Menurut Ezam, beliau tidak akan lari daripada tanggungjawab bagi menjelaskan kepada rakyat negara ini mengenai tindak tanduk Anwar yang dianggapkan sudah mengkhianati politik serta orang Melayu di negara ini.
Malah katanya, Anwar turut mengkhianati dirinya sendiri.
“Sama ada jadi calon atau tidak, saya mempunyai tugas untuk membetulkan semula kesilapan kerana memberi perspektif yang salah mengenai kerajaan sekarang kepada orang ramai selama 10 tahun bersama PKR,” ujarnya.
Ezam berkata, beliau akan bangkit dengan isu politik serta peribadi Anwar kerana selama ini, banyak yang diketahui mengenai bekas bossnya itu.
Apa komen anda ???


Lagi cepat settle pilihanraya ni lagi bagus!
Mujahidin : Saya setuju pendapat Saiful…
Binatang apa yang suka menyalak ….nak kena baling dengan kayu baru reti nak diam….Tong kosong memang kuat bunyinya….Ketuklah sekuat hati….Syok sendiri aje!!!
Mujahidin : Emmm…Saya tahu binatang apa…Binatang E***…..he he he…
Kini keperibadian Melayu telah hampir pudar dek buruk-memburukkan bangsa sendiri. Apatah lagi melunturkan ciri keislaman itu sendiri dek kerana mengaibkan orang lain.
Mujahidin : Ya…Memang benar kata saudara Mazlan…Buruk-memburuk sesama sendiri, apatah lagi mengaibkan orang lain adalah satu perbuatan yang sangat ditegah dalam Islam…
Terima kasih kawan di atas komentar anda…
Tak tau la. Kalo dah jadi begini, yang tak logik pun jadi logik… teruk, teruk
Mujahidin : Memang teruk…Dunia akhir zaman…
ξέρετε οποιεσδήποτε πληροφορίες για αυτό το θέμα σε άλλες γλώσσες;
assalamualaikum,
kan ALLAH dah berpesan pegang pada AL QURAN DAN SUNNAH.insya ALLAH manusia sekelian alam akan selamat;
Mujahidin : Wslm…Semoga kita semua sentiasa berada dibawah payungan rahmat Allah SWT….Ameen..TQ kerana mengunjungi blog Mujahidin….
Entahlah. apa nak jadi tapi kita jangan terlalu taksud kepada pemimpin yang mementingkan diri tetapi lebih kepada perjuangan bangsa kita melayu yang diperlekehkan oleh orang cina pulau pinang. Mana lebih penting? Jangan menang sorak tapi kampung tergadai.
Mujahidin : Saya sangat setuju dengan pendapat saudari Siti…Marilah sama2 kita berjuang demi agama, bangsa dan negara…Ayuhhhh….
Ezam memang tak guna.
sebeba nye ezam ni nak glamer beb…dulu duduk di kerusi keadilan…tak selesa sebab orang tak minat kat diye. Pi mintak sdekah kat imam hadhari…kutuk boss lama pulak.. kan ke bahlul namenye tu…tak beriman langsung…pi lah ezam…buat malu bangsa melayu je…
Mujahidin : Sekarang ni kat mana2 pun ade jer muka dia ni…Mmg glamer…he he he…