Politik Wang, UMNO diambang KEHANCURAN…

2008 Ogos 3
by mujahidin

Ini adalah laporan Malaysiakini berkaitan politik wang dalam UMNO :

Ketua Wanita Umno berkata, politik yang berlaku di peringkat bahagian dalam pemilihan jawatan sekarang akan menyebabkan parti itu hancur.

Tan Sri Rafidah Aziz berkata, beliau sudah mendapat bukti bahawa politik wang banyak berlaku termasuk di kalangan pemimpin Wanita Umno sendiri.

“Saya sedih… Saya sudah 42 tahun dalam politik, belum ada etika pertandingan dalam Umno. Sekarang sudah ada etika, seolah-olah kita perlu diajar.

“Dulu baik-baik tetapi akhir-akhir ini baru saya dengar (ada etika), tetapi kita kena buat kerana sudah ada yang berlaku,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Ia dihadiri oleh 19 exco pergerakan itu. Bagaimanapun, naib ketua Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak hadir kerana, menurut Rafidah, beliau tidak sihat.

Rafidah, yang juga bekas menteri kabinet berkata, kalau memberi sogokan untuk menjadi pemimpin itu bermakna tidak ada keikhlasan.

Beliau berkata, budaya Umno sudah mula berubah sehingga terpaksa menubuhkan lembaga disiplin parti.

“Dalam suasana kita kata jangan membabitkan politik wang ia berlaku juga.

“Dan wanita juga terlibat kerana kita mendapat laporan mengenai perkara tersebut,” katanya.

Rafidah berkata, kalau kita hendak berkhidmat apa guna perlu membayar untuk mendapatkan jawatan.

“Dahulu kita membayar tambang sendiri, nak hotel pandai-pandai, duduk rumah kawan,” katanya.

Katanya, sehubungan itu beliau mengingatkan jika berlaku pertandingan di peringkat bahagian supaya bertanding secara berhemah dan jangan sampai berlaku perpecahan.

“Saya mendapat tahu mereka bertanding sesama sendiri – (pemimpin) Wanita lawan Wanita dan Wanita lawan Puteri – tetapi jangan sampai berpecah-belah.

“Kekuatan kita adalah di akar umbi iaitu cawangan dan bahagian. Jangan sampai menang sorak tetapi kampung tergadai,” katanya.

Rafidah juga menegaskan beliau melarang pemimpin pergerakan itu membuat kenyataan melulu secara terbuka.

Sogokan, Rasuah, penyelewengan kuasa, dan sebagainya adalah sebagai nadi bagi sebuah parti yang dianggap membela nasib orang melayu selama ini iaitu UMNO.

Bila tiba saja pemilhan sama ada peringkat bahagian atau apa-apa memilihan dalam parti UMNO, mulalah kita dengar penyelewengan situ-sini terutamanya pasal duit atau wang.

hal ini diakui sendiri oleh wanita vateren UMNO Rafidah Aziz yang kalah semasa pilihan raya pada 8 mac lalu. Kesian…Kini beliau mendakwa sudah ada bukti bahawa wujudnya politik wang dalam pemilihan parti UMNO.

Anda boleh fikir sendirilah…Adakah UMNO masih di hati anda ? Adakah UMNO ini benar-benar membela nasib orang melayu ?

Apa komen anda ?

Tiada komen lagi

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS