ANWAR SANGGUP BERSUMPAH, SAIFUL???

2008 Julai 7
by mujahidin

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan bahawa beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya. Beliau juga mencabar agar memberi bukti-bukti sebelum membuat pertuduhan dan mengaitkan beliau dengan tuduhan liwat.

Selain itu, beliau juga sanggup menerima apa jua hukuman sekiranya dibuat mengikut undang-undang yang adil. Jika inginkan beliau bersumpah dengan nama ALLAH, beliau akan lakukan. Itulah pendirian Anwar terhadap tuduhan liwat yang dihadapinya sekarang. Klik di sini untuk baca.

Menurut laporan Agenda Daily, Anwar sanggup bersumpah junjung al_Quran sekiranya ia diatur oleh ulama’-ulama’ yang berwibawa. Namun dalam hal ini beliau berpegang kepada pandangan Mufti Perak Datuk Harusani Zakaria yang kata beliau tak perlu bersumpah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam.Ikut pandangan Harussani dakwaan Saiful Azlan terhadap Anwar adalah dakwaan jenayah.Menurut Harussani kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud. Klik di sini untuk baca.

Anwar sudah menyatakan kesediaannya untuk melakukan sumpah. Bagaimana pula dengan Saiful Azlan??

Satu Respons leave one →
  1. 2008 Julai 13

    ada orang sanggup bersumpah dan ada orang hidupnya seperti sumpah-sumpah. akhirnya jadi sampah dunia.

    sumpah, sampah, nyampah i dengan kes liwat ni. bosan!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS