Benarkah Ada Pemimpin UMNO ’suka bodek’ ???

2008 Mei 24
by mujahidin

Pada majlis perjumpaan Wanita UMNO Kelantan semalam, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rafidah Aziz mendakwa sikap sesetengah pemimpin UMNO yang bermuka-muka dan suka ‘membodek’ menjadi punca Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mendapat maklumat tepat mengenai senario sebenar politik negara. Pemimpin terbabit sepatutnya berani menegur dan memberikan pendapat sekiranya timbul sebarang masalah.

Beliau berkata, disebabkan sikap tersebut, Perdana Menteri tidak dapat membuat perancangan yang tepat terutama ketika menghadapi pilihan raya umum pada 8 Mac lalu.

Beliau juga menasihatkan ahli-ahli UMNO jangan menyokong secara membuta tuli, gunakan fikiran kita, ini tidak… ada antara kita salam cium tangan dan bila mesyuarat semua ‘yes, yes‘ tetapi di belakang maki-hamun kata tidak guna dan minta tukar Presiden cepat-cepat. Sebab itu, nakhoda tidak tahu nak pergi mana kerana maklumat yang dapat tidak tepat.

Menurut Rafidah, UMNO pada masa kini ibarat sebuah kapal yang sedang mengharungi gelora selepas mencatatkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Katanya, tidak adil untuk meletakkan tanggungjawab disebabkan kekalahan tersebut di bahu Abdullah sahaja dan ia sewajarnya ditanggung oleh semua pihak termasuk ahli-ahli di peringkat akar umbi.

“Dalam sebuah kapal, bukan hanya ada nakhoda sahaja, dalam kapal juga ada anak kapal dan tukang membaiki enjin.

“Jadi kalau kapal belayar tidak betul adakah wajar anak kapal mencampakkan nakhoda ke dalam laut, sewajarnya kita biar nakhoda meneruskan kerjanya sementara waktu dan membaiki semula perjalanan,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia. Klik di sini untuk baca.

Tiada komen lagi

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS