Klip video kaitkan latihan komando ATM keterlaluan

2008 Mei 16
by mujahidin

Kementerian Pertahanan diminta memberi penjelasan sama ada modul latihan asas komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tindakan penderaan keterlaluan dengan memijak kepala pelatih sebagai amalan biasa.

Perbuatan yang disifatkan melanggar tatasusila dan menjatuhkan maruah individu itu didedahkan sekumpulan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi klip video dua minit yang diketuai Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).

Klip video itu turut ditontonkan kepada wakil media di lobi Parlimen, hari ini.

Saifuddin berkata, sebaik menerima klip video yang disertakan dengan nota: ‘Latihan Asas Komando’ minggu lalu, beliau membuat semakan dengan beberapa bekas anggota komando ATM dan mereka mengesahkan ia adalah sesi latihan komando berdasarkan pakaian seragam yang dipakai jurulatih.

“Bagaimanapun, mereka mengesahkan sepanjang pengetahuan mereka, tiada modul latihan yang menetapkan jurulatih perlu memijak kepala pelatih dengan kerap.

“Justeru, kami meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan adakah tindakan keterlaluan ini adalah modul biasa latihan..dan jika menteri sudah tahu adakah tindakan sudah diambil mengenainya.

“Kita tidak mahu imej dan kewibawaan angkatan tentera kita tercalar pada mata rakyat apabila klip video ini tersebar kerana kita pasti, tiada rakyat Malaysia yang menghantar anak mereka untuk menjadi anggota tentera mahu maruah mereka dihina sebegitu rupa,” katanya pada sidang media itu tetapi tidak mendedahkan identiti pengirim klip video itu.

Hadir sama Ketua Penerangan PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Loh Gwo Burne (PKR-Kelana Jaya).

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beliau sudah membangkitkan isu itu kelmarin ketika Najib menggulung perbahasan mengenai kementeriannya, tetapi tidak mendapat maklum balas yang diharapkan.

Sumber : http://www.bharian.com.my

7 Respons leave one →
  1. 2008 Mei 17
    penyokongpaklah permalink


    Kebanggan Malaysia: MALAYSIA MENGHASILKAN ROTI BABI

    KAU MASUK LA SINI
    http://www.youtube.com/watch?v=OYDvbfvEHBE

    KUIKUIKU..
    TU LAH KO SOKONG PARTI CILIKA TU BUAT APA HAH

  2. 2008 Mei 20

    bagkitlah umat islam

  3. 2009 Januari 10
    abgjep permalink

    kalau tak mau sakit badan ,jangan laa masuk komando,jadi askar biase dah laa, nanti kalau kene tawan n musuh baru terpekik terlolong panggil mak bapak,komando bukan semuanya muslim, ramai yang dari bangsa iban dan lain2 lagi.itu cuma latihan saje,kalau dah abih latihan rutin cam biase jer…..

  4. 2009 Februari 4
    hary ck permalink

    nak jadi ke tak nak. kalu komando kita kena tawan, didiera macam macam, nanti kalu tak tahan, bocorlah rahsia…… tu kira nak suruh tahan lee.

  5. 2009 Februari 4
    eddy permalink

    penderaan mental wajib untuk tentera semua,sama ada tentera biasa atau komando… dulu tentera sanggup pecah di perut,tentera sekarang sanggup pecah di mulut,INGATLAH SUMPAH KITA SEBAGAI TENTERA…. GEMPUR WIRA…

  6. 2009 Februari 4
    eddy permalink

    yang membocor rahsia negara harus di hukum…org macam ni tidak perlu berada di dalam tentera…

  7. 2009 Februari 5
    AHMAD ZAFIR (GERAKHAS) permalink

    1. Video yg selama dua minit lebih tu menunjukkan kursus asas komando Gerup Gerak Khas (siri berapa tak taulah) peringkat Latihan Penamat, iaitu latihan terakhir yg prlu dijalani sebelum layak memakai beret hijau. Ciri-ciri latihan penamat ini mirip kepada operasi sebenar komando. Sekarang saya Ahmad Zafir Gerakhas nak cerita sikit pasal kursus asas komando Tentera Darat.
    Setelah melepasi orientasi selama sebulan, pelatih akan mengikuti kursus asas komando selama 12 minggu. Mulanya peringkat kem (5 minggu). Antara cabaran di peringkat ini ialah larian siang dan malam 76km. Ha! teruk tak teruk?? Larian marathon peringkat antarabangsa pun sejauh 42km je.. Seterusnya berjalan 25km. Akhir sekali pandu arah 138km, secara berperingkat. Kedua peringkat hutan (2 minggu). Cabarannya, pandu arah 90km dan berjalan 160km tak boleh lebih dari 3 hari. Ketiga peringkat paya (seminggu). Cabarannya ialah tanpa diberi makan selama seminggu di peringkat itu. Hanya brpakaian seluar dalam atau cawat, mereka kelihatan macam orang asli. Diorang makan apa yg ada di kawasan tu saja sperti ikan belacak, ular, kera dan sbagainya. Keempat peringkat laut. Cabarannya mendayung 20km dan pandu arah laut 10km dengan kanu. Akhir sekali, tibalah masa utk mereka mempraktikkan apa yg mereka pelajari di keempat-empat peringkat sbelumnya. Latihan penamat selama 2 minggu. Mereka perlu melakukan serangan ke atas kubu musuh. Setelah serangan berjaya di laksanakan, mereka terpaksa membolosi diri mereka dengan teknik Escape & Evasion. Jarak pembolosan lebih dari 200km!!! Mengikut kursus siri 3/2006, jaraknya sejauh 240km…. Dalam pembolosan itu juga mereka akan menghadapi jurulatih mereka yg brtindak sebagai pasukan musuh utk cuba menawan mereka. Oleh itu mereka prlulah mengelak dari ditangkap. Jika ditangkap dan ditawan, mereka akan diperlakukan seperti tahanan perang seperti yg ditunjukkan dlm video trsebut. Penderaan akan dilakukan ke atas mereka selagi mereka boleh brtahan, seperti digantung atas pokok kepala ke bwah tanpa diberi makan, dipukul dan dipaksa memakan najis… …………… Begitulah latihannya…. PASKAU dan PASKAL juga lebih kurang sama lkursusnya macam tu punya perittt tak terperiiii…&*%#!@%
    So renungkan perkataan ini….DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG. Ayat itulah yg trpampang di hadapan Kem Sg. Udang yg menyambut setiap warga Tentera Darat yg ingin cuba mendapatkan Beret Hijau ! ….. REJIMEN GERAKHAS TETAP MARA !!!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS