Krisis Makanan- Keledek ganti nasi

2008 Mei 14
by mujahidin

Akibat krisis makanan sedunia, Rakyat negara ini disaran memakan keledek dan kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji kerana ia boleh mengurangkan penggunaan beras yang harga semakin naik.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin berkata, pengambilan ubi bagi menggantikan beras dilihat sesuai dengan trend makanan masyarakat Malaysia sekarang.

“Malah, kanak-kanak juga gemar makan kentang goreng serta pelbagai produk daripada ubi-ubi tersebut.

“Di Jepun, harga ubi keledek sangat mahal kerana penduduknya lebih menggemari makanan itu berbanding nasi,” katanya pada Forum Umum Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat di sini semalam.

Sumber : Kosmo! 14 Mei 2008

Tiada komen lagi

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS