Di manakah Sifat2 Kemanusiaan???

2008 Mei 8
by mujahidin

Pembuangan bayi semakin menjadi2. Ada bayi dibuang dalam tong sampah, dalam longkang, ditempat pembuangan sampah, tepi masjid dan lebih hina lagi didalam mangkuk tandas.

Tanpa rasa berdosa dan bersalah bayi2 ini dibuang dan dicampak sesuka hati. Sekiranya bayi ini bernasib baik terjumpa dengan manusia2 yang prihatin, dapatlah mereka melihat alam ini dan mengecapi kehidupan walaupun tanpa mengenali ibu dan ayah. Tetapi sekiranya tidak dijumpai maka mereka akan menjadi mangsa kepada semut2, anjin, ulat dan sebaginya.

Menurut perangkaan ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes tahun lalu.

Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (pada 2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat lagi kes pembuangan janin.

Demi menutup malu dan menjaga maruah, bayi2 yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kepada manusia2 bertopengkan syaitan. Semasa melakukan maksiat dan zina, hanya keseronokan dan kenikmatan yang mereka fikirkan apabila syaitan menguasai diri, tetapi tidak pernah terfikir larangan ALLAH dan kesannya terhadap perbuatan terkutuk itu. Pandai buat pandailah tanggung. Bila dah berbadan dua, mulalah fikir yang dirasuk syaitan hendak mengugurkan dan menbuang bayi tersebut. Manusia jenis apa ini???

Aku menyeru kepada pemerintah dan pihak berwajib, Janganlah kerana terlalu taksub dan teruja dengan situasi politik yang ada sekarang sehingga mengabaikan tugas asasi yang terpikul di bahu masing-masing.

Agenda pembangunan ummah dan kebajikan perkara nombor satu yang harus diutamakan.

Aku yakin masih ramai yang telah terlanjur dan berbadan dua hasil perhubungan haram sekarang ini, aku berharap sekiranya terbaca artikel ringkas ini, lupakanlah hasratmu untuk mengugur atau membuang bayi dalam kandunganmu itu. Ingat!!! mengugur dan membuang bayi itu adalah suatu perbuatan terkutuk di sisi ALLAH. Kepada yang sudah terlanjur , bertanggungjawablah di atas perbuatanmu itu. Kesianilah bayi2mu yang tidak berdosa dan melakukan kesalahan apa2 pun terhadap dirimu.

Aku harap agar dengan penulisan ringkas ini dapat menyedarkan bagi mereka yang telah terlanjur dan kembalilah kepangkal jalan. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun dan Penyayang. Sekiranya kita bertaubat dengan sebenar2 taubat, InsyaALLAH ALLAH akan mengampunkan dosa2 yang telah kita lakukan. Sesungguhnya manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan.

Imam Al-Ghazali berkata: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa.”

Tiada komen lagi

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS