Mujahidin Buka Cawangan Baru..
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pejuang2 di luar sana. Hari ini aku buka satu lagi cawangan baru di alam cyber ini sebagai tempat aku mencoretkan sesuatu dan berkongsi dengan rakan2 sekalian berkaitan isu2 semasa, jenayah, kemasyarakatan, sosial dan sebagainya yang berlaku di dalam atau di luar negara.
Di Gerbanga Informasi Anda adalah tapak di mana aku mengumpulkan segala artikel dan berita2 yang berkaitan dengan isu2 semasa yang aku copy pastekan dari pelbagai sumber dan laman web kemudian diselitkan juga dengan bicara dan isu2 agama sebagai panduan, koleksi serta gerbang ilmiah untuk perkongsian bersama.
Maka hari ini aku buka satu lagi cawangan (http://mindamujahidin.wordpress.com). Penulisan di dalam blog ini adalah 100% hasil dari cetusan dan kupasan minda muahidin sendiri. Oleh itu, aku mengalu2kan kepada semua rakan2 di luar sana agar tidak kedekut dan loket untuk memberi komentar dan pandangan yang berguna kepada blog ini.
Perlu ditegaskan di sini Sekiranya ada penulisan di dalam blog ini yang tersalah fakta terutamanya dari al-Quran dan Hadits dan fakta2 lain, maka secara automatiknya penulisan ini akan terbatal.
Aku rasa cukup dulu sebagai penulisan sulungku di blog ini dengan harapan anda semua dapat menerima dengan kewujudan blog mujahidin yang baru ini. TQ.
