Dengar cerita Tun Mahathir nak kembali kepada UMNO semula…Sama ada betul or tak wallahua’lam…Tapi bagus jugak kalau Tun masuk UMNO semula sekarang ini. Kerana UMNO memerlukan seorang pemimpin yang betul-betul berwibawa dan berani, bukannya lembik macam Pak Lah dan Najib.
Sekarang ini macam-macam masalah dihadapi oleh UMNO iaitu krisis salah laku, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Terbaru sekarang ni krisis dengan Parti Gerakan Pulak…Memang dah tak releven dah UMNO ni…Dahla kalah teruk pilihan raya permatang pauh, macam-macam sumpah seranah digunakan sebagai kempen tapi semuanya kosong belaka. Siket lagi mungkin jadi sesumpah la orang yang bersumpah tu kot…
Kalau betul la Tun Mahathir sungguh-sungguh nak masuk UMNO, aku setuju sebab boleh Tun join sama membaca talqin tuk UMNO sedikit masa lagi.
Aku rasa Tun tak lama kalau masuk UMNO pun, mungkin sekiranya 16 September benar-benar terjadi, alamatnya orang tua nyayok ni lari ke bukit la…
Apa pula kata pembaca ?











